Thursday, July 5, 2012

10 TANDA JODOH MENURUT ISLAM :)


1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 9. Kata hati Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa. 

10. Mimpi Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..? “ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Semoga pasangan kekasih Unit L7 bahagia hingga ke anak cucu :D
Ikhlas dari kami ;)


Wednesday, April 25, 2012

Revolusi Sukan Baru (Ultimate Frisbee)


Revolusi Sukan Baru ( Ultimate Frisbee )

Satu sukan yang sebenarnya sudah lama bertapak di tapak negara kita ini. tapi pernahkah anda dengar sukan di atas ?. jika pernah tak mengapa jika belum teruskan membaca ya.hehe. Sebenarnya sukan ini adalah permainan melempar cakera yang sudah lama bertapak di negara kita, dan ia seakan-akan UFO  akan tetapi kurang popular dan kini kebanyakan institusi awam dan swasta sudah mengetengahkannya di dalam tempat belajar mereka. Untuk keterangan lanjut,meh baca kat sini.... 


SUASANA padang Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sama seperti waktu-waktu petang lain. Ia penuh dengan para penuntut yang beriadah. Ada yang bermain hoki, bola jaring mahupun bola sepak, malah tidak kurang juga yang hanya menjadi penonton setia di tepi-tepi padang sambil berbual dan mencuci mata.

Kehadiran beberapa objek piring persis objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di udara tidak diendahkan.

Objek seperti piring berterbangan pada setiap petang itu adalah fenomena yang lazim dilihat. Ia bukan UFO yang sinonim dikaitkan dengan makhluk asing tetapi ia adalah frisbee. Permainan itu dikenali sebagai Ultimate Frisbee.

Hakikatnya, sukan itu agak asing di Malaysia kerana tidak ramai yang mengetahuinya.

Namun, sukan yang agak popular di Lembah Klang itu semakin berkembang di Malaysia pada momentum yang sederhana.

Ia dimainkan dengan cakera frisbee seberat 175 gram, berdiameter antara 20 hingga 25 sentimeter iaitu saiz yang mengikut piawaian antarabangsa. Bahannya pula diperbuat daripada plastik.

Penentuan mata sukan ini berdasarkan penyerahan cakera frisbee kepada pemain sehingga sampai ke zon hujung (end zone) pihak lawan sama seperti American Football atau ragbi.



Musim panas


Sukan Ultimate Frisbee bermula pada tahun 1968 apabila seorang pelajar, Joel Silver yang menuntut di Columbia High School, Maplewood, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pada majlis pelajar sekolahnya supaya mewujudkan pasukan frisbee sekolah.

Kemudian ia mula dimainkan oleh sekumpulan pelajar pada musim panas. Silver belajar mengenai sukan ini apabila mengikuti kem musim panas di Northfield Mount Hermon, Massachusetts daripada seorang guru di situ iaitu Jared Kass.

Sukan ini menggunakan objek umpama piring yang dinamakan mydisc atau discraft. Ia lebih dikenali dengan nama frisbee dalam kalangan masyarakat umum.

"Sukan Ultimate Frisbee ini memerlukan tujuh orang pemain dalam satu pasukan. Ia mempunyai dua kategori iaitu single gender seperti terbuka lelaki dan terbuka wanita dan kategori terbuka campuran," kata Donny Man, 25, yang merupakan jurulatih pasukan Ultimate Frisbee UiTM, Shah Alam, All Ultimate Reject (AUR).

Di Malaysia, penglibatan wanita dalam sukan Ultimate Frisbee masih kurang.

Donny yang merupakan bekas pelajar UiTM Shah Alam yang juga mantan kapten pasukan AUR memberitahu, bagi kategori campuran, nisbah pemain lelaki dan wanita adalah empat lelaki dan tiga wanita.

Sukan yang mengambil masa satu jam ini dimainkan selama 30 minit dan tempoh rehat lima minit sebelum baki 30 minit permainan bermula semula. Namun, ia tertakluk pada peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur kerana adakalanya tiada waktu rehat.

Pasukan Ultimate Frisbee di Lembah Klang kebanyakannya adalah daripada pasukan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Gelanggang atau padangnya berbentuk segi empat tepat sama seperti sukan American Football. Ia terdiri daripada kawasan jaringan gol di penghujung padang iaitu zon hujung (end zone).

Garisan gol adalah garis yang memisahkan kawasan permainan dari kawasan end zone yang merupakan kawasan untuk mendapatkan mata. Setiap end zone perlu ditandakan dengan kon.

"Cara permainannya juga lebih kurang sama, cuma dalam sukan ini seseorang pemain itu perlu menangkap cakera frisbee daripada rakan sepasukannya dan berada di dalam end zone bagi mendapatkan mata berbanding American Football yang memerlukan seseorang pemain itu membawa bola sambil berlari sebelum melakukan touch down," ujarnya.

Frisbee merupakan sukan unik kerana ia adalah gabungan American Football, ragbi dan bola jaring. Selepas seseorang itu menangkap cakera frisbee, dia tidak dibenarkan berganjak atau berlari dan hanya boleh melakukan gerakan seperti permainan bola jaring.

"Seseorang pemain itu perlu melemparkan cakera frisbee pada rakan sepasukannya dalam kiraan sepuluh yang dibilang oleh pihak lawan yang berada dekat dengannya, jika gagal cakera frisbee akan berpindah kepada pihak lawan.

"Berbanding sukan lain, sukan ini tiada pengadil kerana ia dimainkan dengan semangat Spirit Of The Game (SOTG)," jelas pemuda yang berasal dari Sarawak ini.

Setiap pemain yang berjaya menyambut frisbee di end zone akan mendapat satu mata. Pasukan yang menang akan ditentukan dengan jumlah markah tertinggi selepas masa permainan tamat.

Dibantu Kapten

Setiap pemain tahu peranan masing-masing dan menghormati pihak lawan tanpa perlu berlaku pergaduhan.

Walaupun timbul salah faham, dua pemain yang terlibat akan menyelesaikan secara baik tanpa campur tangan pemain-pemain lain.

Andai kata masalah tersebut tidak diselesaikan, kapten kedua-dua pasukan akan membantu tetapi keputusan tetap di tangan pemain yang terlibat.

"Jika gagal juga, khidmat pemerhati diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah, namun keputusan bukan di tangannya.

"Sukan ini adalah sukan tanpa sentuhan (non contact). Jika ada pemain melakukan sentuhan pada masa yang sama mahu merampas frisbee daripada tangan pemain pasukan lawan, ia dikira fault dan pemain yang ditepis itu yang akan menjerit fault untuk memberitahu dirinya disentuh," kata Donny sambil menunjukkan demonstrasi mengenai situasi tersebut sambil dibantu kapten pasukan AUR, Ramlan Muhammad Rashid, 21.

Tidak seperti sukan bola sepak, bola jaring, American Football mahupun ragbi yang permainannya dimulakan di bahagian tengah, sukan ini bermula pada hujung padang yang dinamakan end zone dengan melakukan lemparan pemula (pull) ke end zone pasukan lawan untuk disambut oleh lawan sebelum pasukan pihak lawan naik ke end zone pasukan bertahan untuk mendapatkan mata.

Pasukan yang berjaya mendapatkan mata akan memulakan permainan dengan membuat pull.

"Sama seperti permainan lain, Ultimate Frisbee juga mempunyai posisi tertentu. Terdapat tiga posisi dalam permainan ini iaitu handler, mid dan deep.

"Biasanya posisi handler dimainkan oleh pemain yang merupakan pembaling terbaik, mid pula merupakan pemain tengah yang mengacah pihak lawan untuk mendapatkan frisbee manakala deep pula bertindak sebagai penerima cakera frisbee. Biasanya posisi deep diberi kepada pemain yang cekap menangkap dan bijak membaca pergerakan cakera frisbee," kata Ramlan.

Cakera frisbee akan bertukar tangan pada pihak lawan (turn over) dengan beberapa cara. Pertama, apabila berlakunya interset iaitu apabila pihak lawan berjaya menangkap dan menjatuhkan cakera frisbee yang berada di udara.

Kedua, apabila seseorang pemain itu tersalah baling cakera frisbee kepada pihak lawan dan ketiga, ketika seseorang pemain yang cuba untuk menangkap cakera frisbee tetapi cakera tersebut terjatuh ke tanah (biasanya berlaku kepada pemain amatur).

"Terdapat tiga teknik lemparan cakera frisbee iaitu pukulan kilas (backhand), pukulan depan (forehand) dan hantaran atas kepala dengan kedudukan cakera frisbee menegak (hammer).

"Sentuhan badan tidak dibenarkan," ujar Ramlan yang merupakan penuntut semester ketiga, Ijazah Sains Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.

Kepantasan dan kecergasan diperlukan oleh seseorang pemain kerana sukan ini memerlukan seseorang itu berlari pantas selain mempunyai kecekapan menerima dan melempar cakera frisbee selain bergantung kepada strategi permainan.

Berjinak-jinak

"Cabaran permainan ini ialah apabila terpaksa bermain dalam keadaan angin kuat, hujan dan panas.

"Sesuatu perlawanan hanya akan dihentikan apabila berlaku kilat dan petir kerana khuatir keadaan tidak diingini berlaku," katanya sambil memberitahu fizikal yang tinggi merupakan satu kelebihan kepada seseorang pemain.

Seorang pemain AUR wanita, Norkadijah Md. Isa, 25, memberitahu, dia mula berjinak-jinak dalam sukan tersebut sejak tahun 2007 atas ajakan rakan-rakannya.

Sebelum berkecimpung dalam Ultimate Frisbee, Norkadijah yang sebelum ini menuntut di UiTM Arau, Perlis aktif dalam sukan bola jaring dan olahraga.

"Peluang untuk bermain bola jaring dan olahraga di sini sukar kerana banyak saingan, jadi saya mengambil keputusan mencuba sukan ini kerana ia membolehkan saya mengaplikasikan sukan olahraga dan bola jaring dalam masa yang sama.

"Sehingga kini saya pernah bermain posisi deep dan mid. Namun, selepas mengalami kecederaan pada lutut, larian saya agak terbatas. Sehubungan itu, saya giat berlatih untuk menggalas posisi sebagai handler pula," katanya yang kini bermain pada posisi mid dalam AUR.

Dalam pada itu, salah seorang pemain AUR, Dickson Sittie, 23, mula serius dalam sukan tersebut pada tahun lalu walaupun mula bermain Ultimate Frisbee pada tahun 2006.

Dia yang sebelum ini aktif bermain bola, sepak takraw dan olahraga tertarik dengan sukan ini kerana ia menggabungkan beberapa jenis sukan dan tiada pengadil berbanding sukan-sukan lain.


"Saya sudah bermain untuk semua posisi. Bagi saya semua posisi sama pentingnya kerana semuanya perlu bergandingan untuk bermain dengan baik bagi memenangi sesuatu perlawanan," ujarnya. 

Sumber daripada : http://busuk.org/ping/view/55643

Saturday, April 7, 2012



           
SERBIA

SLOVAKIA

SEPANYOL

ENGLAND


England, Serbia, Sepanyol dan Slovakia mampu menempah tiket ke Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan apabila meneruskan kempen kelayakan zon Eropah esok.
England dan Serbia mempunyai peluang yang begitu cerah, dengan kedua-dua pasukan hanya memerlukan satu kemenangan untuk memastikan kedudukan teratas dan seterusnya layak ke Piala Dunia.
Pasukan bimbingan Fabio Capello akan menentang Croatia di Stadium Wembley, sementara Serbia menanti kunjungan pasukan yang agak merosot, Perancis.
Juara Eropah, Sepanyol dapat memastikan tempat ke Afrika Selatan jika dapat menewaskan Estonia di Merida dan pasukan tempat kedua, Bosnia-Herzegovina gagal menang di tempat sendiri ke atas Turki.
Slovakia akan mara ke Piala Dunia jika mereka menang di Ireland Utara dan perlawanan antara Slovenia dan Poland di Maribor berakhir dengan keputusan seri.
Mara ke Piala Dunia merupakan aksi keempat berturut-turut buat England tetapi jika mereka menewaskan Croatia ia lebih terarah kepada membalas dendam yang menaikkan motivasi mereka.
Croatia menghalang England daripada mara ke Euro 2008 selepas menewaskan mereka 3-2 di Stadium Wembley pada 2007 dan pemain tengah England, Gareth Barry berkata, pemain akan mengambil inspirasi dari kekalahan tersebut.
"Ramai pemain di bilik persalinan tidak akan melupakan malam kekalahan tersebut di Wembley dan kami akan kembali lagi.
"Terdapat beberapa memori tetapi pada ketika itu pengurus yang berbeza dan pasukan yang berbeza walaupun ia masih dalam ingatan kami, kami tetap yakin," kata pemain Manchester City itu.
Kegagalan tersebut dua tahun lalu menyaksikan Capello yang menggantikan McClaren melakukan banyak perubahan termasuk mencatat tujuh kemenangan berturut-turut.
Croatia, agak terdesak untuk mengumpul mata bagi menamatkan saingan di depan pasukan tempat ketiga, Ukraine dan jurulatih Slaven Bilic mendakwa England telah kehilangan ciri-ciri sebuah pasukan yang berkualiti di bawah bimbingan Capello.
"Mereka adalah pasukan yang sangat berbeza, mempunyai kelebihan tetapi juga kehilangan sesuatu dari perlawanan mereka.
"Mereka kehilangan sentuhan England sebenar, sesuatu yang menyebabkan pasukan England sukar untuk bertahan dan beraksi dengan mana-mana pasukan," kata Bilic yang beraksi empat tahun di England untuk pasukan West Ham dan Everton.
Pasukan jiran Balkan Croatia, Serbia akan bertembung dengan Perancis tatkala mereka berada di posisi yang cukup selamat, empat mata mengatasi pasukan bimbingan Domenech dan selangkah ke Afrika Selatan.
Pasukan bimbingan Radomir Antic hanya kurang tiga mata dalam jika mereka seri perlawanan hari ini tetapi Antic berkata, mereka tidak akan beraksi seperti itu untuk berasa lebih selamat.
"Kami tidak berminat dalam mana-mana pengiraan, kami mendapat keputusan yang kami mahukan ketika pertemuan di antara Perancis dan Romania dan sekarang giliran kami untuk membuktikan kehebatan kami
"Kami tahu dengan siapa kami akan bertemu tetapi kami sentiasa meningkat setiap masa dan kami mahu membuat impak dalam bola sepak dunia, bukan setakat layak ke Piala Dunia," kata bekas pengurus Atletico Madrid itu.
Perancis bukan satu-satunya pasukan berada dalam kedudukan merbahaya untuk tersingkir di peringkat kelayakan, Portugal juga mengalami nasib yang sama apabila ketinggalan tujuh mata dengan pendahulu Kumpulan 1, Denmark.
Portugal semakin hampir untuk beraksi di playoff bagi melayakkan diri ke Afrika Selatan tetapi kekalahan kepada pasukan di tempat kedua, Hungary di Budapest esok akan menyaksikan Cristiano Ronaldo dan pemain lain hanya mengharapkan keajaiban bagi mara ke Piala Dunia.
"Kami harus mendongakkan kepala dan terus percaya kepada diri sendiri. Perlawanan masih belum tamat dan apabila ia berakhir, kami harus mempercayainya," kata pengurus Portugal, Carlos Queiroz.
Denmark mampu layak dengan kelebihan tiga mata jika mencatat kemenangan ke atas Albani, sementara pendahulu Kumpulan Dua, Switzerland juga semakin hampir ke Afrika Selatan jika mereka menang di Latvia dan Greece gagal menewaskan Moldova.